BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 3, 2010

KELAB FIREWORKdesign

FIREWORKdesign telah di tubuhkan pada 19.05.2009. FIREWORKdesign ini merupakan sebuah kelab yang di tubuhkan untuk yang aktif dalam mereka bentuk. Namun demikian, selain daripada aktiviti mereka bentuk, kelab ini juga gerbang untuk menganjurkan aktiviti. Bukan setakat itu sahaja, kelab ini turut juga mengcungkil bakat-bakat yang dimiliki oleh pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan remaja di seluruh Sarawak. Sekali gus dapat mensifarkan pelbagai masalah sosial terutama gejala mat rempit, lepak dan sebagainya. Oleh itu juga, kelab ini boleh melahirkan masyarakat yang inovatif dan kreatif serta yang berwawasan yang mengharumkan nama negara ke mata dunia. Dengan adanya moto kami “everything could happen here” fireworkdesign mungkin dapat dibanggakan pada suatu hari kelak. Saya percaya dan yakin kelab kami ini mampu menjana ekonomi Negara. Mencipta sesuatu reka bentuk yang kreatif serta inovatif yang mampu memberikan kesedaran kepada masyarakat bahawasanya golongan remaja yang diberi peluang untuk berjaya serta menpunyai saluran yang betul mampu melakukan yang terbaik serta membanggakan nama Malaysia. Dengan itu, dapatlah melahirkan modal insan yang produktif seiring dengan wawasan 2020. Sasaran kami ialah, Sesiapa sahaja yang berbakat serta berminat dengan aktiviti mereka bentuk serta mempunyai cita-cita dan keazaman yang tinggi untuk Berjaya dan tidak mudah berputus asa demi mencapai kejayaan.



JAWATANKUASA FIREWORKDESIGN

Pengerusi : ABMAR BAHARI BIN ABU BAKAR

P. Pengerusi : ANNASYAH BINTI HAJEMI

Setiausaha : ANITA DILAM ANAK JALAN

P. Setiausaha : NURANISA ARYANI BINTI ZULKIFLI

Bendahari : ABANG SYAHRUL SABRI BIN ABANG SAHARI

P. Bendahari : MUHAMMAD IZZUDDIN BIN MAT KAMAL

Ahli Jawatan Kuasa : DEXTER GERISLAT ANAK DONACD

DAYANG MERPATI BINTI HAJI KIPLI

NIZAMAAMULKHAIR BIN ABDUL HADI

SYED NAZIRULHAMIZ BIN WAN DERUS

MOHD SHAHRUL NASIRUDIN

Kesimpulanya, kami berharap dengan adanya kelab ini dapat memberi pendedahan mengenai aktiviti mereka bentuk serta mewujubkan celik IT di kalangan pelbagai peringkat umur, terutamanya kanak-kanak dan golongan remaja seperti mana yang disarankan kerajaan. Di samping itu, ia dapat memupuk semangat bekerjasama dan bertanggungjawab dalam sesebuah kumpulan serta dapat mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli kelab dan masyarakat. Kami berharap agar dapat mencipta sesuatu reka bentuk yang kreatif serta inovatif yang dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat bahawasanya golongan remaja yang diberi peluang untuk berjaya serta mempunyai saluran yang betul mampu melakukan yang terbaik serta dapat membanggakan nama malah mengharumkan nama Malaysia ke mata dunia. Dengan itu juga, dapat melahirkan modal insan yang produktif seiring dengan wawasan 2020 serta menjana ekonomi Negara dan membantu sesebuah Negara menjadi Negara yang maju dan moden dari segi mereka bentuk seseautu benda menarik dan kreatif serta inovatif bagi mencapai cita-cita kerajaan yang inginkan sesebuah Negara maju seiring dengan Negara-nagara yang maju pada masa kini.


0 comments: